Monday, 1 June 2015

Langkah Asas Memanah

Assalamualaikummmm.........

Dalam blog saya yang lepas, saya telah berkongsi tentang komponen  saya ingin berkongsi tentang langkah asas dalam sukan memanah:


1. Berdiri tegak.
  • berdiri merupakan perkara asas untuk membuat panahan. Pemanah hendaklah berdiri dalam keadaan konsisten dan selesa sebelum membuat sesuatu panahan. Terdapat beberapa cara berdiri seperti "square stance" dan "open stance". Kedua-dua cara ini ditunjukkan dalam rajah di bawah



2. Memasang anak panah
  • Pegang busur(bow) merentangi badan pemanah dalam kedudukan yang sedikit condong bagi memudahkan pemanah memasang anak panah
  • letakkan anak panah pada "arrow rest"
  • pastikan sayap anak panah yang berwarna ganjil menghala ke luar busur dan bersudut tepat dengan busur.
  • tekan anak panah kepada tali busur sehingga anak panah terpasang dengan kemas pada tali.





3. Tangan yang menarik 
  • hanya 3 jari sahaja yang digunakan untuk menarik tali busur iaitu jari telunjuk, jari tengah dan jari manis. Tali akan ditarik pada ruas jari yang pertama seperti yang ditunjukkan dalam rajah



4. Tangan pegang busur dan permulaan tarikan
  • Pemanah sepatutnya menggenggam kemas pada pemegang busur semasa memanah. Tekanan busur semasa menarik hanya tertumpu pada bahagian telapak tangan sahaja..



5. Menarik busur
  • Dalam posisi menarik busur, tangan yang memegang busur hendaklah dalam keaadaan yang lulus dan siku tangan yang menarik tali busur bawa ke hadapan. Tarik tali busur sehingga ke dagu dan mulut menyentuh tali busur. Pastikan ibu jari tangan yang menarik tali busur, menyentuh bahagian bawah tulang rahang. Tangan yang memegang busur hendaklah kekal dalam keadaan lurus dan menahan ke hadapan. Kepala juga dalam keadaan tegak dan tidak bergerak.

Image result for keadaan jari yang digunakan dalam memanah

  • Selepas menarik tali busur, pemanah perlu menetapkan terget dalam pin pejera. 



 6, Pelepasan anak panah
  • Pelepasan anak panah adalah sangat kritikan dalam sukan memanah kerana ia akan mempengaruhi cara anak panah itu berlepas dan menyasar menuju ke sasaran. Pemanah perlu melepaskan tekanan yang ada pada tangan dan jari yang menarik tali busur. Selepas anak panah berlepas daripada busur, tangan yang menarik tali busur perlu ditarik ke belakang leher dan berhenti disitu untuk seketika sambil memerhatikan anak panah menyasar ke sasaran.



7. Rehatkan diri
  • Selepas anak panah mengenai sasaran, jatuhkan busur ke bawah dan biarkan hujung limb berada di atas kaki pemanah. Jatuhkan tangan yang menarik tali busur tadi. Pemanah hanya perlu berehat di tempat yang pemanah berdiri sahaja. Masa ini juga adalah untuk menilai hasil panahan sebentar tadi dan seterusnya bersedia untuk membuat panahan semula. 



Diharap dengan berkongsi tentang langkah asas memanah, dapat membantu kamu semua dalam memanah. Selamat Mencuba!!! :)

Memanah, sukan kegemaranku :)

Assalamualaikummmm.........

Hari ini saya ingin kongsikan bersama kamu semua tentang peralatan memanah . Sukan memanah ini antara sukan yang saya minati. Memanah merupakan sukan yang disarankan oleh Rasulullah. Banyak kebaikan dalam sukan memanah antaranaya;
  1. Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. 
  2. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. 
  3. Jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
  4. Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
  5. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.
Saya akan kongsikan tentang alat-alat yang digunakan dalam sukan memanah.

1. Armguard
  • Melindungi pergelangan tangan daripada dipukul string bow.
  • Membantu mengetatkan pergelangan tangan pada baju.

                            
   
          2. Neet Chest Protector
  •        Diperbuat daripada jaring nilon sangat elastik.
  •        Melindungi pakaian daripada string bow


 3.Nock Bushing     

  •        Dipasang di belakang arrow.
  •         Memudahkan arrow dipasang pada string
                



4. Vanes

  • Direka secara specifik 
  • Digunakan pada hujung arrow



           Image result for aksesoris bulu panah           


 5. Arrow
  •         Jenis arrow seperti carbon arrow, aluminium arrow atau wooden arrow.
  •          Diperolehi daripada Beman, Carbon express, Easton, Gold Tip dan Vapor and Victory.



                             


6. Arrow rest
  • Tempat letak arrow 
                           
7. Quiver
  • tempat meletakkan anak panah supaya berada dalam keadaan baik


                     


8. Sight pin 

  • Tempat dimana pemanah melihat sasaran dengan tepat.
  • Boleh dilaras mengikut kesesuaian pemanah dan sasaran.
  •                   



9. String Accessories 
  • Peralatan yang diikat dan dilekat pada string.
  • Contohnya:
    •  string wax
    • string loops
    • replacement string

                     
           

10. Target
  • Tempat anak panah dilepaskan.
  • Target yang biasa digunakan:
    • foam
    • bag
    • Rinehart target

  



11. Bow Carries
  •          Digunakan untuk meletakkan bow.
  •           Terdapat dalam pelbagai bentuk seperti besi dan aluminium





12. Bow Cases

  • Tempat untuk meletakkan bow, arrow, sight pin dan sebagainya.


                   




13. Bow
  • Komponen utama dalam sukan memanah
  • Terdapat 3 jenis:
    • Tradisional
    • Recurve
    • Compound







Secara keseluruhan, komponen-komponen dalam sukan memanah yang digunakan adalah seperti berikut :